Bridge konvensional 3 batang
Untuk ganti gigi belakang yang hilang. Gigi ganti berpaut pada crown di gigi kiri dan kanan.
Pemeriksaan PERCUMA untuk crown & bridge
Gigi belakangBridge konvensional
- Gigi ganti berpaut pada crown di kiri dan kanan.
- Untuk gigi belakang: hilang 1 gigi = 3 batang (1 gigi ganti + 2 penyokong).
- Tetap, tidak perlu ditanggalkan. Siap dalam ±1 minggu.
Proses bridge
2 sesi, siap dalam lebih kurang 1 minggu.
- Sesi 1: pemeriksaan & X-ray, gigi penyokong diasah sedikit, acuan/imbasan dan padanan warna, bridge sementara dipasang.
- Makmal (±1 minggu): bridge dibuat mengikut ukuran dan warna gigi anda.
- Sesi 2: bridge kekal dicuba, gigitan dilaraskan, kemudian dilekatkan.
- Jagaan: berus 2 kali sehari, flos khas di bawah gigi ganti, pemeriksaan setiap 6 bulan.
Soalan lazim
Bridge boleh ditanggalkan?
Tidak. Bridge dilekatkan tetap pada gigi penyokong, jadi tidak perlu ditanggalkan seperti gigi palsu.
Kenapa gigi belakang perlu 3 batang?
Gigi belakang menerima daya kunyah yang kuat. Jika hilang 1 gigi, bridge perlu berpaut pada gigi di kiri dan kanan: 1 gigi ganti + 2 crown penyokong.
Sakit tak semasa gigi diasah?
Prosedur dibuat dengan bius setempat. Rasa sengal atau ngilu ringan beberapa hari selepas adalah biasa. Doktor akan terangkan setiap langkah.
Berapa lama siap?
Lebih kurang 1 minggu dari sesi pertama ke bridge kekal. Bridge sementara dipasang supaya anda boleh makan dan senyum seperti biasa sementara menunggu.
Bridge atau gigi palsu?
Gigi palsu boleh tanggal lebih ekonomi (acrylic 1 batang RM185). Bridge tetap dan lebih selesa, tetapi perlukan gigi penyokong yang kuat. Doktor akan cadangkan pilihan yang sesuai selepas pemeriksaan.
Pemeriksaan PERCUMA
Untuk kes crown & bridge di KPZ Dentalcare Pasir Mas. Doktor akan periksa, terangkan pilihan dan bilangan batang yang sesuai.
Jika doktor perlukan X-ray, kos akan dimaklumkan dahulu. Keputusan rawatan dan bilangan batang ditentukan doktor selepas pemeriksaan.