Bridge KPZDental
Care
Tempah
Bridge · Gigi depan

Bridge cantilever minimum 2 batang

Untuk ganti gigi depan yang hilang. Gigi ganti berpaut pada satu gigi penyokong sahaja.

Pemeriksaan PERCUMA untuk crown & bridge
Bridge cantilever 2 batang untuk gigi depan: gigi ganti berpaut pada satu crown penyokong.

Gigi depanBridge cantilever

  • Gigi ganti berpaut pada satu sisi sahaja; gigi sebelah lagi tidak diasah.
  • Sesuai untuk gigi depan. Minimum 2 batang.
  • Tetap, tidak perlu ditanggalkan. Siap dalam ±1 minggu.
Setiap batangRM9002 batangdari RM1,800
Proses bridge cantilever, langkah demi langkah
Video 18 saat

Proses bridge

2 sesi, siap dalam lebih kurang 1 minggu.

Proses bridge: sesi 1 pemeriksaan, gigi penyokong dibentuk, acuan diambil dan bridge sementara; makmal lebih kurang 1 minggu; sesi 2 bridge kekal dilekatkan.
  • Sesi 1: pemeriksaan & X-ray, gigi penyokong diasah sedikit, acuan/imbasan dan padanan warna, bridge sementara dipasang.
  • Makmal (±1 minggu): bridge dibuat mengikut ukuran dan warna gigi anda.
  • Sesi 2: bridge kekal dicuba, gigitan dilaraskan, kemudian dilekatkan.
  • Jagaan: berus 2 kali sehari, flos khas di bawah gigi ganti, pemeriksaan setiap 6 bulan.

Soalan lazim

Bridge boleh ditanggalkan?

Tidak. Bridge dilekatkan tetap pada gigi penyokong, jadi tidak perlu ditanggalkan seperti gigi palsu.

Kenapa gigi belakang perlu 3 batang?

Gigi belakang menerima daya kunyah yang kuat. Jika hilang 1 gigi, bridge perlu berpaut pada gigi di kiri dan kanan: 1 gigi ganti + 2 crown penyokong.

Sakit tak semasa gigi diasah?

Prosedur dibuat dengan bius setempat. Rasa sengal atau ngilu ringan beberapa hari selepas adalah biasa. Doktor akan terangkan setiap langkah.

Berapa lama siap?

Lebih kurang 1 minggu dari sesi pertama ke bridge kekal. Bridge sementara dipasang supaya anda boleh makan dan senyum seperti biasa sementara menunggu.

Bridge atau gigi palsu?

Gigi palsu boleh tanggal lebih ekonomi (acrylic 1 batang RM185). Bridge tetap dan lebih selesa, tetapi perlukan gigi penyokong yang kuat. Doktor akan cadangkan pilihan yang sesuai selepas pemeriksaan.

Pemeriksaan PERCUMA

Untuk kes crown & bridge di KPZ Dentalcare Pasir Mas. Doktor akan periksa, terangkan pilihan dan bilangan batang yang sesuai.

Jika doktor perlukan X-ray, kos akan dimaklumkan dahulu. Keputusan rawatan dan bilangan batang ditentukan doktor selepas pemeriksaan.